PENGENALAN
Pulau tioman terletak di tengah-tengah lautan china selatan . Pulau Tioman juga adalah milik negeri Pahang dibawah naungan daerah Rompin . Pulau Tioman terletak kira-kira 32 km dari Mersing dan Pulau ini popular kerana keindahan faura & fauna yang terdapat di pulau ini . Berlandaskan keindahan Lautan , kepelbagaian Faura dan Fauna menyebabkan pulau ini juga diistiharkan sebagai pulau Ke-10 tercantik di dunia. Di pulau ini anda boleh menyelam sehingga 40 meter kedalaman dari aras laut . Pulau Tioman terkenal kerana sebuah penerbit filem dari hollywood musical yang mengadakan pengambaran filem yang bertajuk south pacific yang dilakonkan di pulau ini . Tioman juga diistiharkan pulau bebas cukai oleh mantan Perdana Menteri malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad .
SEJARAH NAMA PULAU TIOMAN
Nama Tioman di ambil sempena nama seekor burung iaitu burung tiong . Kisah bemula apabila sekumpulan pedagang yang datang ke Tioman . Lalu mereka ternampak sekor burung tiong . Lalu salah seorang mereka bertanya kepada seorang penduduk tioman itu "Siapakah yang empunya burung ini?" lalu penduduk yang bernama Man itu berkata " itu burung tiong man, tuan" bahasa orang Tioman 'man' itu ertinya 'saya' maka kamu ertinya 'aji'. Lalu pedagang itu pun berkata apakah nama pulau ini lalu si man pun berkata "pulau ini tiada nama" lalu pedagang itu memberi nama Pulau ini Pulau Tioman hasil gabungan Tiong + Man = Tioman .
CHALET ATAU RESORT DI TIOMAN
Tioman mempunyai 8 buah kampung utama. Kampung Tekek menjadi nadi Pulau Tioman.
Kampung Tekek merupakan pekan bagi penduduk di Tioman.Kampung yang merupakan kampung utama di Tioman seperti Salang, Air Batang , Paya, Genting, Mukut dan Juara.
Di setiap kampung mempunyai resort, kedai makan,kedai cendramata dan sebagai nya.
Untuk pengalaman lebih anda boleh melalui pakej. Dan jika anda berseorangan anda boleh mencari bot sewa untuk pergi ke sesuatu tempat. Jika anda membawa bajet lebih anda boleh mencuba scuba.Begitu juga di setiap kampung mempunyai scuba.
SEJARAH MAWAR CHALET DAN RESTAURANT
Dahulunya, Mawar Chalet dikenali dengan nama Lugam's House. Kawasan restoran dahulu lebih kecil berbanding sekarang yang sudah banyak diubahsuai. Terdapat 12 Chalet dengan 4 darinya menggunakan 'aircond' dan selebihnya kipas. Bilik kipas menggunakan queen bed sahaja manakala bilik aircond menggunakan queen bed dan single bed. Makanan yang disediakan kebanyakannya 'western food' kerana ramai pelancong dari negara asing. Walaupun begitu, semua bahan yang digunakan ialah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam. Selain itu, perkhidmatan basikal sewa dan barangan snorkeling seperti google dan kaki itik juga boleh disewa.